Keputusan PMR 2011

Keputusan peperiksaan PMR 2011 telah keluar pada hari ini.

Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat "Semua A". Bersyukurlah kepada Allah dan ucapkan terima kasih kepada ibubapa  anda

Begitu juga kepada mereka yang telah mendapat "A" di dalam subjek matematik, sains dan / atau B. Inggeris selepas mendapat sedikit bimbingan daripada tuisyen kami. Kami tumpang berbangga di atas kejayaan anda tersebut.

Dari tinjauan kami, bagi ke tiga-tiga subjek yang ditawarkan (mat, sains, B.I),  kira-kira 50% daripada pelajar kami telah mendapat A, 30% mendapat "B", dan bakinya  mendapat "C" dan ke bawah.

 TAHNIAH sekali lagi kepada anda semua. Kejayaan anda telah mendorong kami agar lebih berusaha untuk membantu lebih ramai pelajar cemerlang di tahun-tahun hadapan.  Terima kasih kepada ibubapa kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk membantu mencapai kecemerlang anak-anak.

Pengambilan 2012

Banner pengambilan 2012


Segala maklumat yang berkaitan akan dimaklumkan kemudian.
Keputusan UPSR 2011
Alhamdulillah, pada tahun ini hampir semua pelajar kami telah lulus di dalam semua subjek. Lebih membanggakan, kira-kira 28% daripada mereka mendapat 5A dan 4A.  Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar terutama kepada mereka yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.
Berikut adalah nama mereka yang cemerlang

Bil.
Nama
Sekolah
1
Mohd. Ismail bin Talib
SK Jorak, Bkt. Pasir
2
Nur Farhana bte Md. Abas
SK Jorak, Bkt. Pasir
3
Muhammad Nur Afiq bin Mohd. Tunin
SK Paya Panjang, Bkt. Pasir
4
Muhammad Hafiz bin Azmi
SK Paya Panjang, Bkt. Pasir
5
Mohd. Muizuddin bin Kamarazaman
SK Kg. Raja, Pagoh
6
Nur  Rahziela Akira bte Rahman
SK Kota Raja, Pagoh
7
Muhammad Azza’iim bin Kamali
SK Paya Redan, Pagoh
8
Fatin bte Itam
SK Sri Bukit Pasir
9
Muhammad Hafiz Dzul Saufi bin Dalman
SK Sri Bukit Pasir
10
Nur Farina bte Bahardin
SK LKTP Bt. 27, Lenga
11
Norain Nadia bte Zainuddin
SK Sri Bukit Pasir
12
Nurul Shahira Farhana bte Mohizzam
SK Kota Raja, Pagoh
13
Sara Aisyah bte Shamsuddin
SK Kota Raja, Pagoh
14
Muhammad Syadiq bin Abu Bakar
SK Pekan Pagoh

Majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR telah diadakan dengan kehadiran ibubapa. 



Jemputan Sebagai Motivator

Assalamualaikum,
Tawaran sebagai Motivator Kecemerlangan Anak

Anak adalah segala-galanya kepada kita. Tidak guna kita memiliki duit yang banyak jika anak-anak bermasalah. Sementara anak-anak masih kecil dan boleh dibentuk, ibubapa kena memprogram mereka.Jika ibubapa kurang berkeupayaan, kami bersedia untuk membantu.

Kami amat berbeza berbanding dengan ramai motivator sekarang. Ini kerana kami berpengalaman
  • di dalam pendidikan lebih 25 tahun (sekolah rendah, sekolah menengah dan berasrama)
  • mendidik sendiri 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan tanpa melibatkan pengasuh sepenuh masa
  • kesemua anak telah berjaya memiliki ijazah di dalam bidang kritikal daripada universiti-universiti ternama tempatan.
  • mengurus kewangan dimana kesemua anak tidak membuat pinjaman PTPTN semasa di universiti
  • 2 orang anak akan menjadi usahawan berjaya, insyaAllah
  • membantu menaikan nama sekolah/maktab di dalam pelbagai bidang

Oleh itu  kami mengalu-alukan jemputan untuk bersama-sama membina kecemerlangan anak daripada pihak sekolah, ibubapa (PIBG), jabatan dan sebarang agensi. Bayaran yang kami kenakan amat berpatutan sekali (kerana ikhlas untuk mendidik anak-anak).

Bidang kami adalah sebagaimana berikut: (sila lawati Program Kecemerlangan)

i)             motivasi / pembangunan diri (insan),
ii)            integriti,
iii)           keibubapaan,
iv)           kecemerlangan akademik,
v)            program mentor-mentee ala MRSM KKB,
            vii)          pembentukan keusahawanan di kalangan generasi muda,
viii)         pemantapkan bacaan Al-Quran menggunakan MODUL KAEDAH SAFAR


Sila hubungi kami untuk sebarang masalah.
Terima kasih.