Pendaftaran 2013

PENDAFTARAN 2013

Di atas permintaan ramai ibubapa, InsyaAllah pendaftaran untuk tahun 2013 akan diadakan seawal persekolahan yang mungkin. Semoga ibubapa dapat memaklumkan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain.

Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

1. A.  PUSAT TUISYEN:  MINDA A.R. AUF, PAGOH JAYA, MUAR
          Pendaftaran mula: 5 Januari 2013 (Sabtu) 
          Masa 9.00 -12.30tgh,  2.30 ptg - 5.00 ptg

    B.   PUSAT TUISYEN:  P.U. M. MADANI, BUKIT PASIR, MUAR
          Pendaftaran mula: 6 Januari 2013 (Ahad) 
          Masa 9.00 -12.30tgh,  2.30 ptg - 5.00 ptg

2.  Pendaftaran juga boleh dibuat semasa kelas berlangsung.
     Yuran Pendaftaran hanyalah RM 20.00 sahaja. 
     (Bagi pelajar yang menyambung, tidak perlu membuat bayaran pendaftaran lagi)

3.  Subjek: UPSR (4 subjek) = Matematik, Sains, B. Melayu, B. Inggeris 
                  PMR (3 subjek) =  Matematik, Sains, B. Inggeris
                  SPM  (2 subjek) = Matematik, Fizik

4. Yuran bulanan: UPSR (4 subjek) = RM 60.00 ;  1 subjek = RM 20.00
                            PMR (3 subjek) =  RM60.00 ;  1 subjek = RM 25.00
                            SPM  (2 subjek) = RM 60.00 ;  1 subjek = RM 40.00

5. Semua kelas akan diadakan (seboleh-bolehnya) pada hari Ahad sahaja.

6. Kelas UPSR untuk Tahun 4, 5, 6 akan bermula pada Ahad, 13 Januari 2013
    Kelas-kelas lain akan diadakan apabila bilangan pelajar mencukupi iaitu minimum 10 orang.

7. Anak yatim (kematian bapa) - percuma pendaftaran tetapi perlu bayar separuh yuran bulanan
     Anak yatim piatu (kematian ayah dan emak) - percuma segalanya. 

JIKA ADA MASALAH, SILA TEL 

   Cg. Safar: 013-6245666;  Cg Jumiah: 013-6001958

Keputusan PMR 2012

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan PMR 2012 telah keluar.

Tahniah kepada para pelajar kami yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam subjek Matematik, Sains dan B. Inggeris. Kira-kira 30% daripada mereka telah mencapai gred A atau B di dalam subjek-subjek tersebut yang telah kami tawarkan pada tahun 2012.

Tahniah kepada ibubapa yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk membantu anak mereka mendapat kejayaan tersebut.

Kami berharap untuk tahun 2013, bilangan pelajar akan bertambah di samping pencapaian akan dipertingkat kan lagi ke maksima yang mungkin, insyaAllah.

Majlis Meraikan Kecemerlangan UPSR 2012

Kami telah mengadakan satu majlis khas bagi meraikan kejayaan para pelajar UPSR bersama ibubapa pada 24.11.2012 yang lalu. Seorang pelajar telah diwakili oleh abangnya kerana sakit. Dua orang tidak dapat hadir kerana berada di Sabah dan di luar daerah.

Cikgu Safar sempat memberikan sedikit taklimat berkaitan Keibubapaan dan Anak Masakini. Di akhir majlis, pihak Tuisyen Pagoh Jaya (Minda A.R. Auf dan P.U.M. Madani) telah memberikan Token Kecemerlangan  kepada para pelajar.

Wajah-wajah yang berjaya

Kepuasan dilihat terpancar pada ibubapa.
Kami berdoa, agar majlis ini menjadi pendorong kepada  ibubapa lain menghantar anak-anak ke pusat tuisyen ini bagi membantu  meraih kecemerangan di masa hadapan.




KLINIK SUPER SOLAT

Sepanajang cuti sekolah 2012, Kem Super Solat akan menganjurkanKlinik Super Solat untuk satu hari sahaja. Ia untuk anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun, lelaki dan perempuan.Klinik ini penting untuk mendapatkan peserta bagi Kem Super Solat yang akan datang.

Klinik ini akan meneguhkan dan memperbetulkan perbuatan dan bacaan di dalam Rukun Solat yang wajib bagi anak. Melalui klinik ini juga, anak-anak akan dapati bahawa solat itu tidak sukar dilaksanakan walaupun ketika berada ditapak perkemahan atau di padang permainan.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Pejabat Agama Daerah Muar. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Surau Al Mujahirin Taman Pagoh Jaya.

Klinik ini akan dibuat di Pusat Tuisyen Minda A.R. Auf bertempat di Taman Pagoh Jaya, Muar.
Tempat ini dipilih kerana ia berada terlalu hampir dengan tol Plus Pagoh (hanya 2 minit) menghala ke Muar dan berdepan dengan Kolej Kominiti Pagoh. Ini memudahkan ibubapa menghantar anak dari seluruh negara.




Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan talian di dalam flyers


Keputusan UPSR 2012


Keputusan UPSR 2012

Alhamdulillah, sebagaimana tahun lepas, pada tahun ini hampir semua pelajar kami telah lulus di dalam semua subjek. Lebih membanggakan, mereka yang mendapat 5A dan 4A pada 2011 kira-kira 28%, tetapi pada tahun ini adalah 39%. Peningkatan sebanyak 11%. Kami amat bersyukur kepada Allah di atas kejayaan ini.

Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar terutama kepada mereka yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Ingatlah: Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan Ibubapa Yang Cemerlang.

Berikut adalah nama mereka yang cemerlang
Bil.
Nama
Sekolah
1
Amirul Asraf bin Md. Abas
SK Jorak, Bkt. Pasir
2
Rahmi Mardiana bte Noh
SK Jorak, Bkt. Pasir
3
Ahmad Aliasan bin Mohamad
SK Pt. Stongkat, Muar
4
Muhammad Fakhrul Farihin bin Nasrudin
SK Sri Bukit Pasir
5
Lokman Nurhakim bin Mohd Razali
SK Kg. Raja, Pagoh
6
Amni Amirah bte Mohd Ashib
SK Kg. Raja, Pagoh
7
Huda Khairina bte Mohd Khairuddin
SK Pekan Pagoh
8
Sorfina Haziq bte Hassim
SK Pekan Pagoh
9
Hanis Sufia bte Kamalrozaman
SK Pekan Pagoh
10
Nor Afifah Syamimi bte Hisamudin
SK Pekan Pagoh
11
Nur Aina bte Jahari
SK Pekan Pagoh
12
Fatin Hamimi bte Mohd Fazly
SK Kota Raja, Pagoh
13
Nur Aishah Tuaqifah bte Zamberi
SK Semasih
14
Muhammad Rafif Syafik bin Rosman
SK Panchor

InsyaAllah, Majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR akan diadakan dengan kehadiran ibubapa. 

Program Cuti Sekolah 2012


Program Cuti Sekolah 2012

Peneguhan SOLAT, MATEMATIK, B. INGGERIS

Alhamdulillah, kami telah berjaya merancang suatu program yang dikira dapat memenuhi permintaan ibubapa   pada tahun lepas. 

Pada  tahun ini di samping bidang akademik, kami turut meneguhkan kaedah mendirikan solat sebagaimana yang dituntut di dalam Islam. Kami menggunakan pendekatan teori dan praktikal agar lebih terkesan pada diri anak-anak.

Bagaimanapun program kali ini hanya untuk anak-anak yang berada di peringkat sekolah rendah sahaja. Memandangkan kemungkinan ramai pelajar lelaki yang berkhatan di awal cuti persekolahan, maka kami juga mengadakan program yang sama pada akhir cuti tersebut. Diharapkan agar peluang ini dapat diambil dengan sebaiknya.

Kami amat berbesar hati di atas kerjasama ibubapa untuk meningkatan potensi anak-anak di segi rohani dan akademik. Semuga Allah memberkatinya. Aminnn 



PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 2012

Alhamdulillah, program untuk tahun ke 3 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Penyertaan ibubapa memuaskan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Gambar-gambar sekitar Program Solat Hajat Perdana 2012









Majlis: SOLAT HAJAT PERDANA 2012 Anjuran: MINDA A.R. AUF, PAGOH JAYA


TERBUKA KEPADA SEMUA IBUBAPA

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2012

Sebagaimana dimaklum, semester ke 2 persekolahan merupakan satu tempoh terpenting bagi para pelajar yang terlibat dengan UPSR, PMR  dan SPM. Persediaan pelajar yang rapi di samping sokongan padu ibubapa / penjaga akan membuahkan hasil di luar jangkaan.

Untuk itu sebagai sebuah pusat bimbingan yang komited terhadap kecemerlangan,  kami akan mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana sebagaimana butiran berikut:

               Tarikh    :     8.7.2012 (Ahad)
               Masa     :     8.30 hingga 12.30 tgh.                                   
               Tempat:      Surau Al-Muhajirin, Taman Pagoh Jaya, Pagoh 
               Peserta:     Semua pelajar  dan ibubapa / penjaga
               Pakaian:     Bebas

               Agenda:     8.30 pagi   -Solat Sunat Duha (buat sendiri
                                                       -Bacaan Yasiin dan Tahlil (dipimpin)
                                           -Solat Hajat (dipimpin)
                                           - Akujanji Kejayaan (anak Tah. 6, Ting. 3 dan 5 sahaja)
                                           Kongsi pengalaman IbubapaPersediaan Menghadapi 
                                             Peperiksaan
                                           - Penyerahan Amanah
12.30 tgh.  -Jamuan ringan dan bersurai

                Sila bawa:   Surah Yasiin dan air mineral (sebagai tambahan untuk 
                                     dijadikan Air Yasiin)
              
               Sumbangan:  Demi melancarkan majlis ini, kami memohon sumbangan
                                          kewangan daripada  setiap keluarga minimam RM20.00 saja                                    
                                         (kami mengalu-alukan keluarga yang berhajat memberikan 
                                          lain-lain sumbangan)

                                          Keluarga yang TIADA ANAK di pusat kami, dikehendaki 
                                          membuat sumbangan sebanyak RM50.00 saja.                                          
                                          (Sila kami terlebih dahulu)
                                         

Kami amat berharap, kehadiran ibubapa / penjaga ke majlis tersebut dapat meningkatkan semangat- juang anak-anak untuk mencapai kecemerlangan, insyaAllah.


PENDAFTARAN 2012

Pendaftaran masih dibuka

MASIH LAGI TERDAPAT SEDIKIT KEKOSONGAN
CEPAT,  DAFTARLAH SEGERA!!!!

Datang terus semasa kelas (jadual di bawah).

Pengalaman lepas - terdapat ibubapa yang ingin mendaftarkan anak  pada bulan Jun atau Julai, TAPI maaf tempat dah penuh. Kami kasihan kepada anak tuanpuan TAPI kami lagi sayangkan para pelajar yang sediaada.

JADUAL WAKTU 2012

MINDA A.R. AUF, PAGOH JAYA

TAHAP 1 (D2, D3): Ahad 3.00 - 5.00 ptg (2 subjek: Mat, B.Inggeris)
UPSR (D4, D5, D6): Ahad 8.10 - 12.30 pagi (4 subjek - Mat, Sains, B. Inggeris, B. Melayu)
PMR (T2, T3): Ahad 2.45 - 5.15 ptg. (2 subjek: Mat, Sains)
                          Jumaat 8.15 -9.45 malam (1 subjek: B. Inggeris)
SPM (T4, T5): Ahad 4.00 - 5.15 ptg (1 subjek: Fizik)
AL-QURAN (KANAK-KANAK):  Ahad dan Selasa: 8.15 -10.00 malam (di antara masa tersebut)


P.U.M. MADANI, BUKIT PASIR


TAHAP 1 (D2, D3): Sabtu 3.00 - 5.00 ptg (2 subjek: Mat, B.Inggeris)
UPSR (D4, D5, D6): Ahad 8.10 - 12.30 pagi (4 subjek - Mat, Sains, B. Inggeris, B. Melayu)
PMR (T2, T3): Ahad 12.30 - 3.00 ptg. (2 subjek: B. Inggeris , Sains)
                          Sabtu 3.00 - 4.15 ptg  (1 subjek: Mat )
AL-QURAN (KANAK-KANAK):  Rabu dan Jumaat 8.15 -10.00 malam (di antara masa tersebut)
AL-QURAN (DEWASA): Isnin 9.00 - 10.30 malam

Maklumat Berkaitan Tuisyen 2012

Pengambilan 2012 

PMR      
  (T2, T3)

3 subj:
Mat, B.I,  
Sains
= RM 50.00 
………………
1 subj:  
B.Mel


= RM 25.00



SPM     
    (T4, T5)

2 subj. (p):
Mat, Fiz, 
M. Tamb, Kim

                   = RM50.00


UPSR       
(D2-D6)

4 subj:
Mat, B.I,  
Sains, B.M

          =  RM 50.00

Pelajar di mana
1.     ayah atau ibu telah meninggal dunia = yuran kurang 50 %
2.     ayah dan ibu meninggal dunia = percuma

Yuran pendaftaran = RM 15.00 (seorang)  //  RM 30.00 (3 orang)