Program Cuti Sekolah 2012


Program Cuti Sekolah 2012

Peneguhan SOLAT, MATEMATIK, B. INGGERIS

Alhamdulillah, kami telah berjaya merancang suatu program yang dikira dapat memenuhi permintaan ibubapa   pada tahun lepas. 

Pada  tahun ini di samping bidang akademik, kami turut meneguhkan kaedah mendirikan solat sebagaimana yang dituntut di dalam Islam. Kami menggunakan pendekatan teori dan praktikal agar lebih terkesan pada diri anak-anak.

Bagaimanapun program kali ini hanya untuk anak-anak yang berada di peringkat sekolah rendah sahaja. Memandangkan kemungkinan ramai pelajar lelaki yang berkhatan di awal cuti persekolahan, maka kami juga mengadakan program yang sama pada akhir cuti tersebut. Diharapkan agar peluang ini dapat diambil dengan sebaiknya.

Kami amat berbesar hati di atas kerjasama ibubapa untuk meningkatan potensi anak-anak di segi rohani dan akademik. Semuga Allah memberkatinya. Aminnn