Pendaftaran 2013

PENDAFTARAN 2013

Di atas permintaan ramai ibubapa, InsyaAllah pendaftaran untuk tahun 2013 akan diadakan seawal persekolahan yang mungkin. Semoga ibubapa dapat memaklumkan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain.

Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

1. A.  PUSAT TUISYEN:  MINDA A.R. AUF, PAGOH JAYA, MUAR
          Pendaftaran mula: 5 Januari 2013 (Sabtu) 
          Masa 9.00 -12.30tgh,  2.30 ptg - 5.00 ptg

    B.   PUSAT TUISYEN:  P.U. M. MADANI, BUKIT PASIR, MUAR
          Pendaftaran mula: 6 Januari 2013 (Ahad) 
          Masa 9.00 -12.30tgh,  2.30 ptg - 5.00 ptg

2.  Pendaftaran juga boleh dibuat semasa kelas berlangsung.
     Yuran Pendaftaran hanyalah RM 20.00 sahaja. 
     (Bagi pelajar yang menyambung, tidak perlu membuat bayaran pendaftaran lagi)

3.  Subjek: UPSR (4 subjek) = Matematik, Sains, B. Melayu, B. Inggeris 
                  PMR (3 subjek) =  Matematik, Sains, B. Inggeris
                  SPM  (2 subjek) = Matematik, Fizik

4. Yuran bulanan: UPSR (4 subjek) = RM 60.00 ;  1 subjek = RM 20.00
                            PMR (3 subjek) =  RM60.00 ;  1 subjek = RM 25.00
                            SPM  (2 subjek) = RM 60.00 ;  1 subjek = RM 40.00

5. Semua kelas akan diadakan (seboleh-bolehnya) pada hari Ahad sahaja.

6. Kelas UPSR untuk Tahun 4, 5, 6 akan bermula pada Ahad, 13 Januari 2013
    Kelas-kelas lain akan diadakan apabila bilangan pelajar mencukupi iaitu minimum 10 orang.

7. Anak yatim (kematian bapa) - percuma pendaftaran tetapi perlu bayar separuh yuran bulanan
     Anak yatim piatu (kematian ayah dan emak) - percuma segalanya. 

JIKA ADA MASALAH, SILA TEL 

   Cg. Safar: 013-6245666;  Cg Jumiah: 013-6001958

Keputusan PMR 2012

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan PMR 2012 telah keluar.

Tahniah kepada para pelajar kami yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam subjek Matematik, Sains dan B. Inggeris. Kira-kira 30% daripada mereka telah mencapai gred A atau B di dalam subjek-subjek tersebut yang telah kami tawarkan pada tahun 2012.

Tahniah kepada ibubapa yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk membantu anak mereka mendapat kejayaan tersebut.

Kami berharap untuk tahun 2013, bilangan pelajar akan bertambah di samping pencapaian akan dipertingkat kan lagi ke maksima yang mungkin, insyaAllah.