Majlis Meraikan Kecemerlangan UPSR 2012

Kami telah mengadakan satu majlis khas bagi meraikan kejayaan para pelajar UPSR bersama ibubapa pada 24.11.2012 yang lalu. Seorang pelajar telah diwakili oleh abangnya kerana sakit. Dua orang tidak dapat hadir kerana berada di Sabah dan di luar daerah.

Cikgu Safar sempat memberikan sedikit taklimat berkaitan Keibubapaan dan Anak Masakini. Di akhir majlis, pihak Tuisyen Pagoh Jaya (Minda A.R. Auf dan P.U.M. Madani) telah memberikan Token Kecemerlangan  kepada para pelajar.

Wajah-wajah yang berjaya

Kepuasan dilihat terpancar pada ibubapa.
Kami berdoa, agar majlis ini menjadi pendorong kepada  ibubapa lain menghantar anak-anak ke pusat tuisyen ini bagi membantu  meraih kecemerangan di masa hadapan.




KLINIK SUPER SOLAT

Sepanajang cuti sekolah 2012, Kem Super Solat akan menganjurkanKlinik Super Solat untuk satu hari sahaja. Ia untuk anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun, lelaki dan perempuan.Klinik ini penting untuk mendapatkan peserta bagi Kem Super Solat yang akan datang.

Klinik ini akan meneguhkan dan memperbetulkan perbuatan dan bacaan di dalam Rukun Solat yang wajib bagi anak. Melalui klinik ini juga, anak-anak akan dapati bahawa solat itu tidak sukar dilaksanakan walaupun ketika berada ditapak perkemahan atau di padang permainan.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Pejabat Agama Daerah Muar. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Surau Al Mujahirin Taman Pagoh Jaya.

Klinik ini akan dibuat di Pusat Tuisyen Minda A.R. Auf bertempat di Taman Pagoh Jaya, Muar.
Tempat ini dipilih kerana ia berada terlalu hampir dengan tol Plus Pagoh (hanya 2 minit) menghala ke Muar dan berdepan dengan Kolej Kominiti Pagoh. Ini memudahkan ibubapa menghantar anak dari seluruh negara.




Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan talian di dalam flyers


Keputusan UPSR 2012


Keputusan UPSR 2012

Alhamdulillah, sebagaimana tahun lepas, pada tahun ini hampir semua pelajar kami telah lulus di dalam semua subjek. Lebih membanggakan, mereka yang mendapat 5A dan 4A pada 2011 kira-kira 28%, tetapi pada tahun ini adalah 39%. Peningkatan sebanyak 11%. Kami amat bersyukur kepada Allah di atas kejayaan ini.

Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar terutama kepada mereka yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Ingatlah: Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan Ibubapa Yang Cemerlang.

Berikut adalah nama mereka yang cemerlang
Bil.
Nama
Sekolah
1
Amirul Asraf bin Md. Abas
SK Jorak, Bkt. Pasir
2
Rahmi Mardiana bte Noh
SK Jorak, Bkt. Pasir
3
Ahmad Aliasan bin Mohamad
SK Pt. Stongkat, Muar
4
Muhammad Fakhrul Farihin bin Nasrudin
SK Sri Bukit Pasir
5
Lokman Nurhakim bin Mohd Razali
SK Kg. Raja, Pagoh
6
Amni Amirah bte Mohd Ashib
SK Kg. Raja, Pagoh
7
Huda Khairina bte Mohd Khairuddin
SK Pekan Pagoh
8
Sorfina Haziq bte Hassim
SK Pekan Pagoh
9
Hanis Sufia bte Kamalrozaman
SK Pekan Pagoh
10
Nor Afifah Syamimi bte Hisamudin
SK Pekan Pagoh
11
Nur Aina bte Jahari
SK Pekan Pagoh
12
Fatin Hamimi bte Mohd Fazly
SK Kota Raja, Pagoh
13
Nur Aishah Tuaqifah bte Zamberi
SK Semasih
14
Muhammad Rafif Syafik bin Rosman
SK Panchor

InsyaAllah, Majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR akan diadakan dengan kehadiran ibubapa.