PENDAFTARAN TAHUN 2014



Maklumat berkaitan Kelas Tuisyen 2014

1. Bayaran yuran bulanan = RM50.00 . 
    Satu(1) period = 50 minit  

2. Pendaftaran = RM20.00 seorang. 
    Jika 2 orang atau lebih = RM 15.00 seorang

3. Satu (1) bulan = 4 minggu sahaja. 
    Jadual tarikh setiap bulan akan diedarkan.

4. Kelas Tahun 4, 5, 6 pada hari Jumaat: 8.10 pg – 11.50 pagi. 
    Rehat 20 minit. 
    Kelas Tingkatan 2, 3 dan Tingkatan 4 , 5 atas perbincangan murid-guru.

5. Kelas Tahun 4, 5, 6 akan bermula pada 10.1.2014, insyaallah.

6. Subjek terlibat
a) Tahun 4, 5, 6: Matematik, Sains, B. Inggeris dan B. Malaysia
         b) Tingkatan 2, 3: Matematik, Sains dan B. Inggeris
         c) Tingkatan 4 , 5: 2 subjek atas permintaan lebih 8 orang

7. Kelas Penyelesai Homework: 
    Hanya untuk pelajar tahun 1, 2, dan 3. 
    Pendaftaran sama seperti di atas 
    Yuran = RM5.00 setiap pertemuan 50 minit.


8.  Perkara-perkara lain, SAMA seperti 2013.

9.  Kelas Tahun 4, 5, 6 akan bemula pada 10.1.2014, insyaAllah.


TERAPI SUPER SOLAT

Kursus SUPER SOLAT iaitu bersolat mengikut sebagaimana sunnah  Nabi SAW telah diadakan untuk lebih 10 sesi. Sambutan amat memuaskan.

Hasil pemerhatian dan kajian daripada tingkahlaku semasa membuat Super Solat, didapati ia mendatangkan terlalu banyak kebaikan untuk pelaku  dan masyarakat sekeliling.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila ambil tindakan berdasarkan maklumat di dalam fliers di bawah. 

Semoga tindakan itu serupa seperti tindakan seekor burung pipit yang membawa air menggunakan paruh untuk memadamkan api ketika cuba membakar  Nabi Ibrahim AS, insyaAllah.



PELAJAR 5A DAN 4A, 2013


Semoga meneruskan kejayaan di hari hadapan.
Jadilah model kepada yang lainnya untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat.
MAJLIS MERAIKAN PELAJAR CEMERLANG UPSR 2013

Satu majlis ringkas untuk meraikan ibubapa dan anak-anak cemerlang UPSR 2013 telah diadakan pada 1.12.2013 (Ahad) jam 9.30 – 10.30 pagi di MINDA A.R. AUF Pagoh.

Kehadiran ibubapa dan anak-anak cemerlang UPSR 2013 amat menggalakkan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga dari pihak tuan/puan.



KEPUTUSAN UPSR 2013

Tahniah kepada semua pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR dengan penuh persediaan untuk tahun 2013 ini. InsyaAllah segala usaha akan dibalas setimpal olehNya

Alhamdulillah, untuk tahun ini Pusat Bimbingan kami ((PUM Madani, Bkt. Pasir dan MINDA A.R. AUF, Pagoh) telah mencapai keputusan yang sungguh memuaskan dimana 39% telah mencapai 5A dan 4A di dalam UPSR. Pencapaian ini sama seperti tahun 2012 lalu. Tahniah kepada ibubapa yang telah memilih tempat kami untuk peningkatan kecemerlangan anak-anak.

Kepada yang telah berjaya mendapat 5A atau 4A, janganlah berasa bahawa anda seorang yang pandai dan bijak. Anda hanya pelaku untuk  mendapat A atas usaha dan doa banyak pihak. Ingatlah yang harus mendapat A sebenarnya adalah ibu dan bapa, mereka telah berkorban segalanya untuk anda. Guru-guru, sekolah, tuisyen dan sebagainya adalah merupakan nasi tambah kepada usaha ibubapa tersebut.

Kepada mereka yang telah berusaha tetapi tidak mendapat  5A atau 4A, ingatlah itu adalah satu ujian untuk anda dan ibubapa anda. Jangan kecewa. Tidak sedikit orang yang berjaya semasa dewasa merupakan mereka yang pernah gagal di peringkat lebih rendah. Teruskan usaha, doa dan tumpukan sepenuhnya atas harapan ibubapa anda. Insyaallah, kejayaan tetap menanti anda.

Kepada ibubapa yang tidak kisah tentang pembelajaran anak-anak, janganlah bersedih dengan keputusan yang telah dicapai oleh anak-anak. Begitu juga jangan malu kepada  kawan-kawan  yang bertanya berkaitan keputusan peperiksaan anak-anak. Jangan asyik berkata: “Anak aku tak pandai, sebab tu dapat begitu”.  Anda salah! Itu doa untuk anak! Yang tak pandai bukan anak, tetapi ibubapalah sebenarnya. Ingatlah, wang yang banyak bukannya boleh membeli kecemerlangan anak-anak. Berapa ramai  ibubapa tak tahu menulis dan membaca, pendapatan hanya cukup makan-pakai, hidup sederhana  tetapi bertakwa, mempunyai  anak-anak cemerlang dan beriman dari peringkat sekolah hingga dewasa. Mengapa?

Berikut adalah senarai para pelajar yang mendapat 5A dan 4A

Bil.
Nama
Sekolah
1
Nur Hazirah Izzati bte Mahpop
SK Pekan Pagoh
2
Nurul Firzanah bte Abdul Karim
SK Kota Raja
3
Muhammad Zariff bin Mohd. Zaki
SK Pekan Pagoh
4
Nurizzaty bte Azman
SK Pekan Pagoh
5
Hidayahtus Saffiah bte Kamaluddin
SK Lenga
6
Muhammad Zahin bin Razali
SK Pekan Pagoh
7
Nurul Izzuaniza bte Samsuri
SK Panchor
8
Zanariah Azwa bte Mohd. Yusoff
SK Sri Bukit Pasir
9
Siti Norhidayah bte Hamidan
SK Jorak
10
Azreelshah bin Azman
SK Kg. Raja
11
Nurul Shaffiqa Ellyna bte Yoslle
SK Jorak
12
Muhammad Alif bin Md. Salleh
SK Jorak
13
Luqman Hakim bin Tajuddin*
SK Sri Bukit Pasir
14
Muhammad Zulhilmi bin Zakaria*
SK Sg. Raya

*  tuisyen kurang 4 bulan