KLINIK SUPER SOLAT

Sepanajang cuti sekolah 2012, Kem Super Solat akan menganjurkanKlinik Super Solat untuk satu hari sahaja. Ia untuk anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun, lelaki dan perempuan.Klinik ini penting untuk mendapatkan peserta bagi Kem Super Solat yang akan datang.

Klinik ini akan meneguhkan dan memperbetulkan perbuatan dan bacaan di dalam Rukun Solat yang wajib bagi anak. Melalui klinik ini juga, anak-anak akan dapati bahawa solat itu tidak sukar dilaksanakan walaupun ketika berada ditapak perkemahan atau di padang permainan.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Pejabat Agama Daerah Muar. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Surau Al Mujahirin Taman Pagoh Jaya.

Klinik ini akan dibuat di Pusat Tuisyen Minda A.R. Auf bertempat di Taman Pagoh Jaya, Muar.
Tempat ini dipilih kerana ia berada terlalu hampir dengan tol Plus Pagoh (hanya 2 minit) menghala ke Muar dan berdepan dengan Kolej Kominiti Pagoh. Ini memudahkan ibubapa menghantar anak dari seluruh negara.




Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan talian di dalam flyers


No comments:

Post a Comment