Program Kecemerlangan



PENGENDALI: Hj. Md. Safar bin Said

SAYA adalah mantan Pengetua  Maktab Rendah Sains MARA Cemerlang Kuala Kubu Bahru, Selangor (MRSM KKB) yang telah bersara pilihan (50 tahun) selepas berkhidmat sebagai guru fizik selama lebih 25 tahun. Saya  ingin berkongsi rahsia kejayaan MRSM dengan dunia luar di bidang akademik dan sahsiah. Sistem  pembelajaran dan pengajaran MRSM telah menjadikannya  idaman ramai ibubapa dan para pelajar.

Diantara Program Akademik kendalian saya dan mencapai kejayaan adalah seperti berikut:  
  • MRSM Muar (1997) mendapat 100% pangkat 1 di dalam SPM 
  • MRSM Muar (2003) 40% pelajarnya mendapat semua A
  • MRSM Jasin (TGB) (2005) terbaik di peringkat MRSM dan keseluruhan Kem. Pelajaran Malaysia
  • MRSM Kuala Kubu Bahru (2006 dan 2007) terbaik di dalam SPM (Bukan-Bitara) dan PMR.

 Dibidang kecemerlangan sahsiah, MRSM KKB pada 2007 telah dinobatkan sebagai MRSM Sifar Kes. Untuk mengetahui  setiap individu, ia melibatkan jangka masa yang lama.   Bagaimanapun saya telah menggunakan anak-anak sendiri sebagai bahan. Alhamdulillah setakat hari ini, mereka sentiasa mentaati perintah agama (seperti solat dan puasa, mentaati ibubapa, tidak merokok, menutup aurat dan lain-lain). Walaupun mereka mempunyai ijazah daripada universiti ternama dan bidang yang kritikal (arkitek, kimia industri, elektrik dan elektronik), mereka memilih untuk menjadi usahawan dan mencipta kerja untuk orang lain

BIDANG PENGKHUSUSAN

i)             motivasi / pembangunan diri (insan),
ii)            integriti,
iii)           keibubapaan,
iv)           kecemerlangan akademik,
v)            program mentor-mentee ala MRSM KKB,
            vii)          pembentukan keusahawanan di kalangan generasi muda,
viii)         pemantapkan bacaan Al-Quran menggunakan Modul Kaedah Safar


PROGRAM YANG PERNAH DILAKSANAKAN

Bil.
Tajuk
Catitan
Audian
1
Kecemerlangan  Minda
Motivasi
Pelajar
2
Bina  Insan
Motivasi
Pelajar
3
Pengurusan Masa
Motivasi
Pelajar
4
Amanah  dan Tanggungjawab
Reorentasi
Pelajar
5
Keusahawan dan Islam
Kursus
Pelajar
6
Jana  Minda Cemerlang
Motivasi
Pelajar
7
Motivasi Diri Asas Kecemerlangan
Motivasi
Pelajar
8
Kejayaan dan Kecemerlangan
Motivasi
Pelajar
9
Kecemerlangan Diri
Motivasi
Pelajar 
10
Pelajar Pintar Soleh
Kursus
Pelajar
11
Juara : Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah
Motivasi
Pelajar  
12
Pelajar: Motivasi dan Kepimpinan
Kursus
Pelajar
13
Komunikasi dan Kepimpinan Berkesan
Kursus
Pelajar
14
Azam/Matlamat: Membina dan Mencapai
Kursus
Pelajar (praktikal)
15
Modul: ICE-BREAKING CHALLENGE (I-BC)
Kursus
Pelajar Keusahawanan
16
Modul: INOVASI DALAM PERNIAGAAN (IDP)
Kursus
Pelajar Keusahawanan
17
Keusahawanan  Kerjaya Pilihan
Kursus
Pelajar
18
Koperasi dan Keusahawanan
Kursus
Pelajar dan ahli Koperasi
19
IVS*: Jejak Bertaut – “maaf,  itu bukan saya”
Kursus
Pelajar (2 jam)
20
IVS: Carta Gemilang – “Oh, hebatnya sahsiah dia”
Kursus
Pelajar (2 jam)
21
IVPS**: Merata Onak - menukang
Kursus
Pelajar  (4 jam)
22
IVPS: Mencanak Minda – memasak
Kursus
Pelajar  (4 jam)
23
Etika Perkhidmatan Guru
Seminar
Guru
24
Prog. Kecemerlangan Akademik
Seminar
Guru
25
Disiplin Pelajar dan Cara Mengatasi
Seminar
Guru
26
Pengurusan Bilik Darjah
Seminar
Guru
27
Isu-isu Kepimpinan Pendidikan
Seminar
Guru
28
Amanah Untuk Guru
Seminar
Guru
29
Pengurusan Pelajar (masalah disiplin dan kawalan di dalam kelas) dan Intervention
Seminar
Guru
30
Kecemerlangan akademik: Program Mentor Mentee
Seminar
Pengurusan sekolah , guru
31
Kecemerlangan Akademik: Tanggungjawab Mentor dan guru
Seminar
Pengurusan sekolah,  guru
32
Kecemerlangan Akademik: Daripada Makro Kepada Mikro
Seminar
Pengurusan
33
Peningkatan Integeriti
Seminar
Guru , staf
34
Prog. Perkongsian Idea: Kecemerlangan MRSM KKB 2006,2007
Seminar
Pentadbiran (guru , staf)
35
Tugas: amanah dan tanggungjawab
Seminar
staf
36
Ibubapa Prihatin: Pelajaran Anak
Seminar
Ibubapa
37
Seminar keibubapaan: Kecemerlangan Anak
Seminar
Ibubapa
38
Keibubapaan: Tip Kecemerlangan Anak
Seminar
Ibubapa
39
Keibubapaan:  Persediaan Semasa Anak Hadapi Peperiksaan
Seminar
Ibubapa
40
Modul: KAEDAH SAFAR – BERSAMA MENGAJI AL-QURAN (memperbaiki  tajwed bacaan Al-Quran)
Kursus
Terbuka

*IVS = isu, video, sedar
**IVPS = isu, video, praktikal, sedar



Contoh Kertas Pembentangan