Mengaji Al-Quran


 Prog. Membaca Al-Quran
             KELAS MENGAJI AL-QURAN


1.  DEWASA (lelaki dan perempuan)

Hari: Selasa malam Rabu
Jam: 8.00 malam – 10.00 malam
Yuran: RM 20.00 sebulan
Nota: Daftar dan terus mengaji (tidak perlu malu kerana kita  
serupa!!!!)


2.  KANAK-KANAK (lelaki dan perempuan)

Pendaftaran: dibuka sekarang. Bilangan: terhad
Kelas mula: Januari 2011, insyaAllah.
Kaedah: kelas (ikut keupayaan pelajar),
Masa: seminggu 2 kali (setiap kali selama 1 jam)
        Yuran: RM 20 sebulan                                           


================================================

KELAS BIMBINGAN  A.R. AUF



KELAS  MENGAJI  AL-QURAN

 Tujuan kelas ini diadakan:
1. dapat memperbaiki mutu pembacaan Al-Quran secara  
asas terutama ketika bersolat.
2. dapat membudayakan bacaan Al-Quran di dalam keluarga dan 
masyarakat.
  1. Perlu dimaklumkan: tajwid yang salah (dengan jelas) ketika membaca Al-Fatihah di dalam solat  akan menyebabkan solat terbatal.
  2. Ini kerana: makna akan berubah. Pahala yang di cari, bala yang dapat.
  3. Syarat-syarat di atas wajib dipelihara ketika membaca al-Fatihah di dalam solat. Kegagalan menjaga syarat-syarat tersebut akan menyebabkan bacaan Fatihah tidak sah. Apabila bacaan Fatihah tidak sah, akan rosaklah solat kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada solat bagi seorang yang tidak membaca ummul-Quran (yakni surah al-Fatihah)” (Riwayat Imam Muslim dari ‘Ubadah bin as-Shamit r.a.). Maksud tidak ada solat ialah; solat tidak sah.
  4. Kelebihan:  ibubapa dapat mengajar sendiri anak-anak membaca Al-Quran. Anak akan lebih hormat kepada ibubapa dan ikut kata.
  5. Ingat: rumah yang selalu dibacakan Al-Quran di dalamnya ……………"Perbanyaklah membaca Al-Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang ti ada orang membaca Al-Quran, akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu, dan akan banyak kejahatan, serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah."  

KAEDAH  DI A.R. AUF
  1. Menggunakan kaedah Resam Usmani  (Al-Quran Al-Karrim)
  2. Kelebihan kaedah ini: hanya dengan melihat tanda-tanda yang terdapat pada ayat , telah diketahui tajwid nya iaitu cara sebutan
  3. Kekurangan kaedah ini: tidak mengetahui apakah nama-nama hukumnya seperti Ihfa’, idhram dan cabang-cabangnya, dan lain-lain
  4. Ia hanya melibatkan hukum-hukum yang asas sahaja (untuk orang awam sahaja)
  5. Tidak dikaitkan dengan taranum (berlagu)
  6. Setiap  pelajar akan diuji tahap penguasaan Al-Quran sebelum meneruskan pembelajaran.
  7. Pelajar  akan dikumpulkan di dalam tahap yang sama
TAHAP 1: tidak kenal huruf - guna ICT KAEDAH SAFAR
TAHAP 2: kenal huruf  tetapi tak tahu tadjwid - guna Buku 
                 UlangkajiKAEDAH SAFAR No. 1 dan 2
TAHAP 3: hanya utk mengingat kembali - guna Buku           
                 UlangkajiKAEDAH SAFAR No.  2 sahaja
  1. Pelajar perlu “melancar” bersama kumpulan sebanyak mungkin sebelum disemak dan ke ayat-ayat seterusnya. Pelajar yang tidak lancar akan diturunkan ke tahap lebih rendah.
  2. Pelajar perlu membuat ulangkaji sendiri di rumah agar tidak ketinggalan berbanding kawan-kawan di dalam kumpulannya.
  3. Pelajar diwajibkan meneruskan pembacaan sehingga tamat Al-Quran (Khatam) dan sebolehnya setiap ayat mesti disemak oleh pengajar.

KAEDAH SAFAR :
MENGAPA  KAEDAH INI DICIPTA

1.         PENGALAMAN SENDIRI
1.         Telah lupa kerana lama tak baca
2.         Telah menjadi kebiasaan, maka sebutan  menjadi salah
3.         Masyarakat keliling tidak mengutamakan bacaan betul: tapi siapa 
            cepat
4.         Malu untuk bertanya , bimbing ditertawakan
           
2.         MENGAPA TIDAK MENGGUNAKAN K. IQRA’
            1.         terlalu panjang bagi setiap buku
            2.         masa yang lama untuk menghabiskan semua buku (1 hingga 6)
            3.         bukan tak tahu semua bahagian

3.         KEADAAN  MEMBACA AL-QURAN
            1.         kerana terpaksa, mesti habis secepat mungkin (telah  
                        dijadualkan)
            2.         berkejar dengan masa yang ada di rumah atau pejabat
            3.         tak kisah dengan tajwid; asalkan ada bunyi saja

4.         MAKNA BERUBAH
            1.         berlaku apabila tajwid berbeza
            2.         mempermainkan Allah
            3.         kemurkaan Allah
            4.         semua akan merasa.

5.         USTAZ/ZAH BANYAK DIBERIKAN KEPERCAYAAN LAIN
            1.         sentiasa sibuk pelbagai jawatan
            2.         kepenatan urusan peribadi
            3.         undangan berdakwah, berceramah dll
  4.         terlibat MLM

6.         MENGGURANGKAN MASA UNTUK MENYEMAK
            1.         boleh dibuat ikut kumpulan
            2.         mengulangkaji di rumah



OBJEKTIF
Di akhir program ini, diharapkan para pelajar dapat mengenal, menyebut dan membaca Al-Quran dengan betul serta tepat mengikut hukum-hukum tajwid.

PENGENALAN
1.         Melalui pengalaman  lebih 10 tahun mengendalikan kelas mengaji Al-  
            Quran  menggunakan Sistem Iqra’ (kanak-kanak dan orang dewasa)
2.         Menggunakan sepenuhnya kaedah Resam Usmani
3.         Merupakan asas membaca Al-Quran kepada para pelajar untuk ke           
             peringkat lebih tinggi
4.         Sesuai untuk para pelajar yang baru  mengenal huruf-huruf jawi (kanak- 
            kanak, dewasa)
5.         Hanya melibatkan 5 surah yang kerap dibaca: Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-  
            Falak, An- Nas dan Yassin


KEISTIMEWAAN
1.         Pengajaran pembelajaran menggunakan bantuan ICT dan melibatkan 
            sifat semula jadi    kanak-kanak sihat berusia 6 – 9 tahun
2.         Pelajar aktif dan sentiasa berlumba-lumba untuk menyebut dahulu   
            dengan kuat dan tepat
3.         Menghilangkan rasa malu dan rendah  diri untuk turut serta di dalam 
             kelas
4.         Mewujudkan rasa yakindiri dan tidak takut ditertawakan jika salah
5.         Bimbingan dari rakan sebaya untuk membaiki sebutan para pelajar
6.         Perulangan sebutan membantu pelancaran bacaan
7.         Dibahagikan kepada 12 sesi dimana  4 sesi pertama hanyalah untuk   
            asas tanpa melibatkan tajwid. Ia  merupakan peneguhan kepada para 
            pelajar yang telah belajar sebelum ini.
8.         Latihan ingat kembali sebelum sesi berikutnya adalah wajib disertai oleh 
            semua pelajar.


PENDEKATAN
1.         Memberikan pengenalan kepada huruf-huruf jawi melalui pengalaman  
            harian
2.         Menekankan tanda-tanda yang ada (titik) bagi membezakan huruf-
            hurufnya
3.         Menunjukkan bagaimana dibuat penyambungan huruf-huruf
4.         Perlu mengingat beberapa tanda    yang ada di dalam bacaan (mati, 
            sabdu)
5.         Perlu mengingat beberapa huruf yang ada di dalam bacaan (mad, 
             kolkolah)
6.         Terdapat beberapa tanda bacaan    tidak dibincangkan. Ia akan ditunjuk 
             semasa pelajar membaca Al-Quran.

KANDUNGAN
            BUKU 1
Ø  SESI 1: mengenal huruf-huruf jawi
Ø  SESI 2: menyambung huruf-huruf jawi
Ø  SESI 3: asas bacaan untuk huruf  satu baris
Ø  SESI 4: bacaan untuk huruf satu baris

BUKU 2
Ø  SESI 5: bacaan dengan huruf saksi (mad)
Ø  SESI 6: bacaan dengan huruf tanda mati (sakinah)
Ø  SESI 7: bacaan dengan huruf tanda sabdu
Ø  SESI 8: kaedah berhenti (wakf)
Ø  SESI 9: bacaan dengan huruf lantun (kolkolah)
Ø  SESI 10: bacaan dengan huruf nun mati
Ø  SESI 11: bacaan untuk huruf bertanda tanween
Ø  SESI 12: melancar surah-surah pendek

  
PERINGATAN
SETIAP PELAJAR YANG TELAH MENAMATKAN KESEMUA SESIWAJIB MENERUSKAN MEMBACA  AL-QURAN BERSAMA GURU MENGAJI YANG MENGGUNAKAN RESAM USMANI

TESTIMONI

TESTIMONI  1

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat komen berkaitan Kaedah Safar ini.
Program belajar mengaji Al-Quran menggunakan Kaedah Safar ini amat sesuai kepada semua golongan daripada kanak-kanak kepada orang dewasa. Juga daripada yang tidak mengetahui langsung kepada yang ingin mengulangkaji semula. Ia hanya memerlukan jangkamasa yang singkat dengan bantuan ICT dan kelainan di dalam PNP. Satu kekuatan yang amat ketara adalah keseronokan pelajar menyebut dan mengulang-ulang tanpa takut dipersalahkan serta sentiasa di dalam pemantauan pembimbing. Ini satu elemen penting di dalam proses mengaji Al-Quran  untuk alaf baru ini. Saya percaya kaedah ini dapat diterimapakai dalam masa yang singkat untuk melahirkan masyarakat membaca Al-Quran, insyaAllah.

DR. MOHD. UZI BIN DOLLAH, Ph.D., USM

TESTIMONI  2

Setelah mendengar penerangan mengenai Kaedah Safar, saya dapati kaedah ini sungguh menarik dan agak berlainan daripada kaedah-kaedah pembelajaran Al-Quran yang ditemui kini. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan dapat menguasai peringkat asas penguasaan Al-Quran dengan baik. Pelajar-pelajar akan berjaya mengenal huruf dengan cepat, dapat membunyikannya dengan betul di samping penekanan terhadap ahkam attajwid. Pendekatan yang digunakan amat menarik kerana ia menggunakan kaedah pembelajaran terkini seperti ICT dan dimuatkan juga dengan gambar-gambar yang menarik, pastinya para pelajar akan lebih seronok dan akan mengikuti modul ini hingga tamat.

US. AZHARUDDIN B MOHD. ISA, YARMOUK UNI., JORDAN

CONTOH






SEBARANG PERTANYAAN
Sila hubungi: Hj. Md. Safar bin Said 


                                               (013-6245666)