Jemputan Sebagai Motivator

Assalamualaikum,
Tawaran sebagai Motivator Kecemerlangan Anak

Anak adalah segala-galanya kepada kita. Tidak guna kita memiliki duit yang banyak jika anak-anak bermasalah. Sementara anak-anak masih kecil dan boleh dibentuk, ibubapa kena memprogram mereka.Jika ibubapa kurang berkeupayaan, kami bersedia untuk membantu.

Kami amat berbeza berbanding dengan ramai motivator sekarang. Ini kerana kami berpengalaman
  • di dalam pendidikan lebih 25 tahun (sekolah rendah, sekolah menengah dan berasrama)
  • mendidik sendiri 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan tanpa melibatkan pengasuh sepenuh masa
  • kesemua anak telah berjaya memiliki ijazah di dalam bidang kritikal daripada universiti-universiti ternama tempatan.
  • mengurus kewangan dimana kesemua anak tidak membuat pinjaman PTPTN semasa di universiti
  • 2 orang anak akan menjadi usahawan berjaya, insyaAllah
  • membantu menaikan nama sekolah/maktab di dalam pelbagai bidang

Oleh itu  kami mengalu-alukan jemputan untuk bersama-sama membina kecemerlangan anak daripada pihak sekolah, ibubapa (PIBG), jabatan dan sebarang agensi. Bayaran yang kami kenakan amat berpatutan sekali (kerana ikhlas untuk mendidik anak-anak).

Bidang kami adalah sebagaimana berikut: (sila lawati Program Kecemerlangan)

i)             motivasi / pembangunan diri (insan),
ii)            integriti,
iii)           keibubapaan,
iv)           kecemerlangan akademik,
v)            program mentor-mentee ala MRSM KKB,
            vii)          pembentukan keusahawanan di kalangan generasi muda,
viii)         pemantapkan bacaan Al-Quran menggunakan MODUL KAEDAH SAFAR


Sila hubungi kami untuk sebarang masalah.
Terima kasih.


No comments:

Post a Comment