Keputusan PMR 2011

Keputusan peperiksaan PMR 2011 telah keluar pada hari ini.

Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat "Semua A". Bersyukurlah kepada Allah dan ucapkan terima kasih kepada ibubapa  anda

Begitu juga kepada mereka yang telah mendapat "A" di dalam subjek matematik, sains dan / atau B. Inggeris selepas mendapat sedikit bimbingan daripada tuisyen kami. Kami tumpang berbangga di atas kejayaan anda tersebut.

Dari tinjauan kami, bagi ke tiga-tiga subjek yang ditawarkan (mat, sains, B.I),  kira-kira 50% daripada pelajar kami telah mendapat A, 30% mendapat "B", dan bakinya  mendapat "C" dan ke bawah.

 TAHNIAH sekali lagi kepada anda semua. Kejayaan anda telah mendorong kami agar lebih berusaha untuk membantu lebih ramai pelajar cemerlang di tahun-tahun hadapan.  Terima kasih kepada ibubapa kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk membantu mencapai kecemerlang anak-anak.

No comments:

Post a Comment